Isnin, 28 Mei 2012

Nak Kekal Dalam Bercinta ??

  • Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
  • Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
  • Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KE-2.
  • Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KE-3.
  • Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KE-4.
  • Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.
KE-5.
  • Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.
KE-6.
  • Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KE-7.
  • Percayailah cinta pandang pertama.
KE-8.
  • Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KE-9.
  • Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KE-10
  • Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KE-11.
  • Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KE-12.
  • Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KE-13.
  • Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’
KE-14.
  • Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KE-15.
  • Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.
KE-16.
  • Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KE-17.
  • Berpeganglah kepada tiga R:
            1. Rasa hormat pada diri sendiri;
            2. Rasa hormat kepada orang lain;
            3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KE-18.
  • Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KE-19.
  • Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KE-20.
  • Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KE-21
  • Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Oleh : Mahani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan