Selasa, 15 Mei 2012

PETUA KEKAL CANTIK

Petua Cantik

Petua Kecantikan Semulajadi @ Tradisional
Mungkin ramai di antara yang masih tidak mengetahui kepentingan dan kelebihan tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Sebenarnya kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai petua dalam mengekalkan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati, murah dan cara penyediaannya sebagai petua juga mudah. Tidak susah untuk wanita memiliki dan mengekalkan seri wajah mereka kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuknya.

1.Petua menjaga muka
Menghaluskan kulit muka
a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.
Menegangkan kulit muka
a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.
Menghilangkan jerawat
a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.
b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.
Merawat kulit berkedut
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

2.Petua menjaga rambut
Mengelakkan rambut gugur
a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.
Menghilangkan kelemumur
a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. 

Selamat mencuba!


Gambar sekadar hiasan
# MAHANI #

Selamat Hari Guru

Cikgu Noraini, cikgu yang still igt hingga hari ini.. dia cikgu yg 
sgt fhm akan ank murid , sabar dalam melayan karenah ank2 murid nya. . 
kdg2 tmpt mngadu masalah. Sangat sporting .. 
tp kini sudah berpindah di sungai Buloh.. Cyg Cikgu muahh <3 <3

Cikgu Juriah Basri ajar subjek Bahasa Inngeris Tingkatan 4. 
Cikgu yang banyak bersabar dengan karenah class saya 
ketika tu dan beliau juga guru class kami (Tgktn 4 Ikhlas 2005)
Cikgu Noriah Harun merupakan Guru Bahasa Malaysia 
saya ketika di tgkatan 6  di SEMERA..
Assalam.. selamat pagi ♥ .. di pagi yg mulia nie saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu2 dan lec yg pernah mengajar saya sewaktu di SRK LA SALLE (1) JINJANG, SMK RAJA ALI, dan IG.. Semoga ALLAH s.w.t saja yang membalas jasa baik kalian semua dalam mendidik dan mncurahkan bakti kepada anak bangsa mu.. demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.. JASAMU AMAT DIKENANG.. Terima Kasih cikgu... ♥ >3 — Hari ini 16 Mei 2012 bersempena dengan HARI GURU 2012,  Jutaan terima kasih di ucapkan yang tidak terhingga kepada bekas cikgu-cikgu saya yang pernah mendidik saya. Hanya Allah s.w.t yang boleh membalas jasa baik cikgu semua.. Teruslah mendidik anak bangsamu tanpa mengira penat lelah..

# Majulah pendidikan untuk NEGARA#
 - MAHANI-
Giler Posing ! Kadang-2 jEr laaa ... ~~~

Minat dan pantang jumpa camera mesti nak bergambar.. tu memang HOBI ku.. xsalah kan .. asalkan aku tak usik orang...haha.. asalkan aku puas !! 


Selamatkan PALESTIN
KLIK SHARE : Minta TOLONG semua shabat
Menukar gambar profil anda

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! 

# Di faceb00k ketika ini sibuk orang mengatakan hal ini.. Malah boleh dikatakan DP-2 mereka di tukarkan kepada gambar-2 seperti di atas termasuk dengan saya sekali. Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim. Semoga apa yang dilakukan oleh umat ISLAM di muka bumi ALLAH beserta doa akan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t.. PEACE PALESTIN no WAR...... #
Burger....

RAJA BUGER ... Yum...yum.. sedapnya !! belum, dapat makan lagi nie..
Terasa nak makan Burger yang digembar-gembur orang yang dekat dalam paper tu .. mak aihh,, nampak macam sedap jer.. Bile nak ke tmpt orang jual burger tu.. nie kalau dapat makan dengan orang tersayang sedap nie. Tak2pe nnt sure nk pergi jgk... nak ajak kawan pergi sane. Makan sambil lepak2 sekali .. 
Cantiknye Baju !!
cantik kan baju di ini.. berangan mcm Queen plk !!

Mood rasa nak beli jer baju dalam pic nie .. tengah fikir ni.. tp tu la xthu nk choose colour ape? agak2 meletoops x kalau pakai.. huhu.. saja2 nk melaram sekali sekala... huuhuu.. Agak2 klu pilih color purple ok x? 
Sejuk sgt2 !

Petang yang agak bosan ditambah2 lagi dengan suasana yang agak sejuk..memang mengantuk sangat2...rase nk balik jer .... dah layu sgt2 nie... mate ingt kt bantal n tilam kt rumah tu .. cepat la jam 6.00 petang...